Friday 1 March 2013

_*=*_ UTM BERSELAWAT _*=*_

Assalammualaikum..UTM Berselawat merupakan progam yg julung-julung kalinya dilakukan di UTM. Alhamdulillah..pengisian hujung minggu jaja terisi jgk dgn majlis ilmu nie. UTM Berselawat berlangsung beberapa hari dah sebenarnye, baru terasa nak tulis dalam blog plak. Heee..

 Aku berjubah hari tu, hadiah dari mama. hee. Terime kasih mama. Sempat amik gambar aku nie. well..well..jaja kan nie. AHAHAHA

Okay ini antara aturcara Majlis kemuncak UTM Berselawat. Forum Selebriti pada sebelah pagi memang menarik sangat pengisian yg diberi oleh penceramah. Antara yang boleh jaja kongsi
+ Sebagai seorang muslimah, walaupun x semua sunnah Rasulullah yang boleh kite ikut tapi kite boleh jadikan akhlak2 Isteri2 Nabi untuk jadikan pedoman. InsyaAllah..
+ Kenapa politik sekarang asyik menunding jari antara satu sama lain. Masing2 sudah lupe apa yang di ajar oleh Rasulullah. Rasulullah tidak mengajar kite menunding jari antara kite apatah lagi bertelingkahan sesama kite. Renungkan lah.. :)

Bro Shah Kirit punye ceramah memang buat semua yang hadir menitis air mata. Heee.. sebabnya kenape?? Bro Shah Kirit memeluk islam kalau x silap tahun 1996. Tapi keluarga Bro Shah masih ade yang belum memeluk Islam. Dia ade ckp yang dia sangat TAKUT sebabnye dia tidak mampu mengislamkan keluarganya. Dia jugak merasakan dirinya masih sedikit sangat ilmu yang ada untuk dibawa ke akhirat kelak. 

Ustaz Don memang pandai berjenaka. AHAHA.. Ustaz Don banyak menyebut perihal perilaku orang2 zaman Nabi dahulu. Orang Badwi antara yang diceritakan kepada kami. Dimana Orang Badwi ade yang bersuara tinggi ketika bercakap dengan Nabi dan beberapa perbuatan yang ditunjukkan oleh Orang Badwi.

Imam Muda Asyraf ade memberitahu kepada kami akan Sirah Rasulullah yang boleh dijadikan panduan kepada kami. Antaranya adalah Kitab Al-Syumuil Muhammadiah oleh Iman Tarmizi. 

Sesi pagi habis dengan alunan suara oleh Hafiz Hamidun dengan Zikir2. Alhamdulillah habis untuk sesi pagi. Hee..Petangnya ada Talaqqi Perdana tapi jaja xdpt hadirkan diri. So..xdpt nak kongsi dgn korang.

Malamnya selepas solat Isyak kami ade Ceramah Malam Cinta Rasul. Sebelum mulanya ceramah tu, alunan suara dari kumpulan Al-Mawlid bagi menyampaikan Qasidah Ya Hanana dan Qasidah Ya Badrotim. Habib Ali Zaenal Abidin antara yang hadir. Wahhh..sedap sangat suara Habib nie. Subhanallah :))

Antara gambar yang sempat jaja amik, memang ramai sangat yang hadir malam tu. Memang terasa sangat2 tenang dpt duduk dlm majlis ilmu ni. Kalau korang nak tahu, majlis ilmu sebenarnya antara syurga dunia. Malah Habib ada bagitau kalau kite dapat hadirkan diri ke majlis2 ilmu nie, kite akan dikenang di akhirat kelak. InsyaAllah.  :))




Setakat nie je yang boleh jaja kongsi, harap kalau ade salah silap jaja dalam entry nie boleh laa bagitau ea. Heee.. Same2 kite perbetulkan. Moga menjadi ikutan untuk kawan2 menjadi tetamu Allah di syurga2 dunia ini. Amin

No comments:

Post a Comment