Tuesday 23 August 2016

Braces murah di Klinik Pergigian Aina Kajang

Assalammualaikum semua, hari ini tarikh keramat buat Jaja tau. 23/8/2016 simpan kemas2 dalam ingatan. Impian Jaja sejak bangku sekolah, nak sangat pakai braces. Akhirnya terlaksana. Lama tu wishlist jaja, baru tercapai. Hahaha.. Well, Jaja bukan anak orang kaya. So nak pape kena usaha sendiri. Tapi terasa happy sangat sebab usaha kita kan.

Jaja dah bertahun survey klinik mane paling murah. Dari cyberjaya, terengganu, kajang, negeri sembilan. Semua tempat la. sampai ada satu tahap jaja nak buat dengan orang luar yg xde sijil tu. Nasib baik laa kwn nasihat, jadi pape kat gigi ko. Nak saman pun tak boleh, dah terang2 dorang pasang tanpa lesen.

Okay, so hari nie jaja ambil half day untuk pergi appointment Dr tu. Sekejap je Dr tu buat. Sampai klinik pukul 12.45 mcm tu staff terus panggil. Customer mmg tak de, hari kerja kan. Siap pun dalam pukul 2.15.

Bila baca dari blog pasal klinik nie, layanan staff tak mesra alam. Memang tak nafi, Jaja pun perasan mcm tu. Tapi Jaja buat tak kisah sbb mmg klinik tu je yang paling murah Jaja jumpa. yang lain mau rm5k keatas dah. Tahan jelah layanan dorang

Selepas Jaja check gigi jaja nie, Dr cakap kos braces saja rm3.8k belum termasuk apa tah dia nak pasang kt blkg gigi bagi cepat sikit move. So jaja punye total semua rm4250.

Braces rm3800
alat belakang gigi rm45*10=450(max) 
total rm4250
deposit rm1200-1800
tempoh pakai braces 1 1/2 tahun - 2 tahun

Staff cakap kalau boleh bayar banyak sikit so time nak buang braces tu takdelah byr byk terus. Hmm..nanti jaja fikirkan yea akak. 

Jaja sebenarnya guna benefit dari company tempat jaja keje,  setahun dapat claim seribu. Jaja sekarang duk kira2 jugak berapa ribu boleh claim. hehehe.. Ingatkan kalau dapat claim rm3k pn cukup bagus. 

Habis dah cerita Jaja. Harap entry nie dapat membantu korang yang berangan nak pakai braces tu. 

Layan dulu gambar gigi Jaja sebelum pakai braces dan selepas pakai. 

Monday 22 August 2016

Pendakian ke Bukit Saga @ Saga Hill

Assalammualaikum semua, kali nie Jaja nak kongsi pengalaman jaja mendaki bukit saga yang terletak di Ampang. Berdekatan dengan Taman Saga, rasanya kawasan orang cina kat situ. Jaja bertolak pkul 6.15pg dr putrajaya sampai pukul 7.00pg. Jalan clear kan so sampai awal.

Sampai sana jaja mindset jaja hanya fikir bukit saga mcm bukit broga. Takdelah susah sgt nak daki kan. Sekali mak kauu.. Banyaknye tangga dan sangat tinggi. Nak pengsan jugak la.  Dah laa malam sebelum daki tu Jaja tak cukup tidur,  campur pulak perut sakit memulas. Aduii, boleh cakap hampir give up la. Nasib baik kawan Jaja motivated jaja. hehehe.. Sampai jugak ke top, siap teruskan perjalanan ke waterfall.

Bagi mereka yg sukakan aktiviti yg adventure, boleh laa pegi sini. Broga tak adventure sgt, so saga more better laa.

Kat sana byk track, korang kena pandai laa cari track mne yg sesuai. Jaja ambik yg plg easy. Hehehe.. jom tengok gambar Jaja

Pendakian ke Bukit Broga @ Broga Hill

Assalammualaikum semua, apa khabar? Dah pakai Mary Kay ke belum? Kalau belum jom berkenalan dgn MK. Ehh, kesitu plak. Okay, entry kali nie Jaja tak nak cakap pasal MK, tapi Jaja nak cakap pasal pendakian Jaja ke Bukit Broga. Bukit Broga terletak di Semenyih, kalau dari Putrajaya setengah jam dah sampai kalau pergi lepas subuh laa. hehe..

Bagi Jaja, untuk newbie dlm pendakian nie. Elok sangat korang pergi ke sne. Bukit taklah tinggi dan tak ada hutan. So korang akan sunburn sikit, tu normal la kan. Yang paling best korang boleh nampak view yg cukup indah. Jaja suka tau tengok view dari atas bukit.

Kalau cakap pasal track, mmg easy je. Santai je track kt sne. Siap ada orang berkelah atas tu.

Jaja payung gambar untuk korang.

Atasi masalah mata panda dengan set penjagaan mata dari Mary Kay

Assalamualaikum..

Adakah anda semua mengambil berat tentang kawasan mata?
Anda tahu tak, mata yang sembap and gelap menyumbang kepada wajah yang nampak kusam n letih n kurang berseri.
Ramai yg berpendapat bila kita jaga kulit muka, sekali la dengan kulit kat kawasan mata skali.
Kalau nak cerahkan kulit bawah mata, tepek krim pencerah muka kat situ.
Pernah tak buat camtu? Konon nak tutup eyebag tu. Cara tu salah tau.

Kulit dekat sekitar mata tu adelah kulit yang paling nipis kat muka.

Ia ade kelanjar sebum yang sedikit, kurang kolagen n elastin berbanding dengan kulit di kawasan lain di muka. So bila usia seseorang meningkat, pad lemak di bawah dermis mulai kurang, menyebabkan kulit kelihatan lebih nipis dan gelap kat bawah mata. 

Sebab tu, kita perlukan penjagaan khusus n bahan yg lebih lembut untuk kawasan mata ni.
Mary Kay ade 3 supplement mata yg boleh selesaikan masalah anda.
Nak pakai semua lagi bagus n lagi berkesan n cepat efek dia. Nak pakai 1 1 pun bolehhh.

1. TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer
2. Indulge Soothing eye gel
3. TimeWise® Firming eye cream

Timewise targeted eye revitalizer

TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer 

Mengandungi sebatian eksklusif daripada ramuan yang dirumus khas seperti citrus peel, ekstrak timun, ekstrak isirung oat n gotu kola untuk mengatasi pelbagai punca penyebab lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata. 
Hasilnya, kulit mata yang lebih tegang dan warna kulit yang lebih sekata.

Indulge Soothing eye gel

Menganjalkan dan mengurangkan bengkak bawah mata. Juga menenangkan rasa sakit mata akibat berjaga malam dan menyegarkan wajah yang nampak suram.

TimeWise® Firming eye cream

Menegangkan, mencerahan, membekalkan lembapan tinggi serta mengurangkan garis halus dan kedutan di kawasan bawah mata.

Love,
Syaza
Beauty Consultant Mary Kay
+6016-6439664

Thursday 11 August 2016

Terpaksa cantik dengan Mary Kay

Assalammualaikum wanita kat luar sana,  sapa xnak cantik kan. Semua nak cantik. Nak cantik utk suami,  utk diri sendiri. Ramai tak tahu lagi ke,  Jaja salah seorg beautu consultant mary kay. So,  bykkkk sgt Jaja bljr pasal skin laa,  pasal make up la,  pasal lipstick laa. Byk sgt tau. Seronok sbb Jaja sgt suka. Jaja nie mmg suka tgok pmpuan cantik,  bukan lesbian okay. Jaja jealous tau tgok pmpuan cantik,  kulit cantik. Huwaaa.. Nak mcm dorg jugak.

Bila Jaja one of Beauty Consultant nie, baru la Jaja tau ape silap Jaja selama ni. Mcm mne kulit muka nak sihat kalau kita salah ikut step penjagaan kulit wajah yg btul.

So,  sesiapa nak Jaja consult korang. For free tau,  boleh je terus contact Jaja k. Ooppss,  tak lupa Jaja pun buat skin care class dan make up class percuma tau. Jom contact Jaja dan set date cepat2 takut penuh +60166439664.

Belanje sikit bisnes kad Jaja yg exclusive gituuu