Monday 25 November 2013

Aku Belajar dari Surah al-Baqarah

Subhanallah, betapa agungnya anugerah Allah berikan kepada aku. aku memang tidak mampu untuk membalas segala pemberian Allah ini. Aku dahulunya berbeza dengan aku yang sekarang.
Sejujurnya aku pasti menitiskan air mata apabila aku melihat gambar-gambar lama aku dahulu yang mana aku sendiri rasa malu akan diri aku dahulu.

Dahulu aku seperti wanita yang dikatakan oleh Rasulullah yang mana akan wujud sekumpulan wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Akulah wanita itu, Ya Rasulullah. Aku lupa akan pesanmu itu. Aku lalai dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai muslimah. Aku membawa ayahku bersama-sama dengan aku ke neraka. Ya Allah, aku takut akan dosa-dosa yang aku lakukan ini. Aku tidak menutup aurat selama aku hidup ini Ya Allah. 

Dahulu aku tidak mengerti kenapa ada wanita-wanita Islam yang memakai stoking. Dahulu aku tidak mengerti kenapa harus wanita-wanita Islam itu memakai tudung labuh. Dahulu juga aku tidak mengerti kenapa perlu mereka memakai purdah. Jahilnya aku dalam ilmu agama aku sendiri. Aku ambil ringan tentang aurat ini. 

Siang dan malam aku tunduk sujud kepada-Mu Ya Allah. Aku mohon agar Engkau membuka pintu taubatku, supaya Engkau tunjukkan aku ke jalan yang Engkau redhai. Biarpun bertahun lamanya aku menunggu doaku dimakbulkan. Aku bersyukur, akhirnya Engkau makbulkan jua doaku. 

Dahulu aku seorang yang sentiasa up to date dengan fashion. Dahulu aku tengok wanita-wanita Islam yang memakai tudung labuh itu, kolot, pakaian ketinggalan zaman, tidak follow up dengan fashion sekarang. Malah aku takut untuk dekatkan diri dengan mereka kerana aku takut ditegur oleh mereka. 

Namun, sekarang semuanya dah berubah. Semuanya ini kerana anugerah yang Engkau berikan Ya Allah. Aku mulakan langkah awal aku dengan memakai stoking. Walaupun aku tahu aku masih tidak sempurna aurat ku, namun aku akan terus mengubah penampilan aku. Kemudian, aku labuhkan tudung aku hingga paras dada, aku tidak mahu menayang bentuk dada aku kepada lelaki ajnabi. 

Akhirnya aku terus melabuhkan bajuku hingga bawah paras punggung. Aku mula memakai baju yang longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh. Biarpun dahulu aku tengok mereka yang memakai baju longgar itu sangatlah tidak menarik, namun sekarang akulah antara mereka yang tidak menarik perhatian orang itu. Aku lupakan segalanya mengenai fashion dunia sekarang, aku sudah jumpa apa yang aku cari selama ini. Aku bersyukur Ya Allah, kerana aku belum terlambat untuk berubah. 

                              
Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Baqarah, iaitu:

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Aku pegang pada ayat ini. Ayat ini telah membuka mata hati aku untuk mencari apa yang aku benci dahulu adalah apa yang aku lakukan sekarang. Aku mula muhasabah diri aku untuk mencari kekurangan yang ada dalam diri aku ini dan aku akan terus mengubah diri aku ke arah kebaikan. 

Tuesday 19 November 2013

Majlis Sambut Menantu Ekin & Hafiz

16/11/2013, Majlis Sambut Menantu sebelah pihak lelaki sudah pun settle. heee.. yang lagi seronoknye aku balik lagi ke Dungun. Nie pun nasib baik laa along belanjer tiket bas. maunye aku ade duit kan nak balik tiap2 minggu ke dungun. Ahhh..mmg tak laa.
Habis sudah mood pengantin baru akak aku nie. dah pun melangkah keluar dari rumah ke rumah mertua pulak. Jaga diri yea akak.

Untuk hari tu aku pakai lagi jubah lycra nie. nasib akak aku kasi yang dye punye. kalau pakai yang aku, mmg  x dipanggilnye jubah la. AHA.. see, muke pun penat sbb xcukup tidur. eye bag gelap semacam je, nie harap cover dengan foundation je tau. huuu..

 Kak Tum & Family
Sempat lagi bergambar tu sementara tunggu nak pergi berarak. Huu..masing2 sebenarnye lapar, tu xsabar bebenor nak pi makan. kih3..

The sister, Ekin. She is now taken by hafiz. Ohh..i start to miss all our moment. we might not be close anymore after this. of course, you will always with your husband. and i?? i still have my parents and bulat laa.. sape lagi. AHAHA

Kak Ngah & Hanzalah

Kak Ngah & her family

Anisah Comel

Along.. She is my source in this life. She always give me motivation to know my flow and the important things that she always remind me is do everything for our family. Along said before, what ever happen please do not forget our parents, mama and abah because they grow me up and do everything to make me success in the future.  i will try my best to do what she ask.

Kak Long Athirah, my first niece. 10 years younger than me. See, she more taller than me and we are still close whether we are not always meet each other.

Nie gambar2 sebelum masuk ke rumah abang hafiz kite nie. huuu.. panasnye, laparnye. mau tidur anak buah aku sorang. kesian plak aku tengok. sabar jelah. kan nanti turn aku xmau laa jadi macam nie. huu.. please jangan buat janji melayu.

Along & Adik Enin

Cousin Yana

Johan buat muke mengantok ke?? jangan buat muka macam nie lagi. AHAHA

Ammar

Kak Nurul & Abang Hafiz

Abah & Mama

Adik aku nie kenape plak? lol

Aku & Adik Enin

Kenduri untuk hari tu, kawan aku a.k.a adik kepada abang ipar aku pun buat majlis perkahwinan dye. tahniah jugak untuk dia. semoga bahagia hingga ke akhir hayat kawan dan pasangannye.

Aku & Adik Enin lagi

Door gift dari pihak abang Hafiz

Ateh

Adam

Sempat kami bergambar dengan mak mertua kak nurul. Memang kena laa aku dengan adik enin pakai baju biru, ikut tema sebelah kak nurul laa nie. Heee.. 




cantiknyeee kan. :)) 

Tahniah..tahniah dan tahniah. tah ape lagi aku nak ucap kat akak aku sorang nie. nie laa akak yang sangat rapat dengan aku. sampaikan aku sendiri tak sedar yang aku nie beza umur 4 tahun dengan dia. paling sedihnye bile orang ingat aku nie kakak dari akak aku. nampak tak kat situ yang aku nie nampak tua??? Ahhhh.. tak mungkin!!! Hee..okaylah, nie je aku mampu nak kongsi dengan korang. Nie pun aku dah balik skudai dan mula sibuk dengan final projek pulak. daaa..

Assalamualaikum :))

Sunday 10 November 2013

The Biggest Day for My Sista


Wah...cantiknye pelamin kahwin akak aku nie. congrate kak nurul dan abang apih. majlis perkahwinan yang berlangsung dengan jayanya. alhamdulillah, x hujan time kenduri tu. heee.. mana taknye, kak nurul dah berdoa panjang mntk xhujan laa. ahaha.. Yang sedihnye aku x dapat nak merasa kepenatan masa kenduri tu, nak2 mase sebelum kenduri berlangsung. huu.. hari jumaat 1/11/2013 majlis akad nikah berlangsung. hari tu jugaklah aku masih di skudai. settlekan kerja yang masih bertimbun. malam jumaat tu laa aku baru berangkat pulang. huuu..


Alhamdulillah, kak nurul sah jadi isteri dengan hanya sekali lafaz. ahhh.. practice make perfect. mesti berlatih siang malam abang hafiz nie kann. ahahaha.. senyum je akak aku. moga kak nurul dan abang hafiz bahagie ke akhir hayat. bimbing kak nurul ke jannah yea abang hafiz. bercinta sudah, kahwin pun sudah. ape lagi yang nak diimpikan oleh pasangan suami isteri kalau bukan dengan adanya cahaya mata. HEEE..

 nahh..nie pengantin perempuannye.. bulatnye muke akak aku. ahaha.. oppsss..jgn mengata kan nanti dapat kat diri sendiri plak. AHAHA.. ape pun..comel.. penuh manik satu badan kauu.. jahit sendiri tuu tau..

Adik Enin

 Kak Eida & Aku

 Aku

 Adik Enin

 Aku & Adik Enin

 Kak Long

 Amik kau..bertingkat kek akak aku. fuyooo.. satu keping pun aku xsempat jamah. sedihnyeee.. cupcake dah awal2 habis kne kebas kat budak2. huuu..






 Candy Buffet hasil kreativiti kak ngah dengan adik enin. huu.. aku ingat memang x menjadi laa kerja adik aku nie. tengok gaya dye tu laa kan. last2 aku balik rumah, nahh.. complete semua siap. congrate laa adik. cantik plak tuu.. lepas nie boleh laa nak buat business kannn. HAHA..

Adik beradik aku yang perempuan, missing in photo abang kie aku. pergi mane tah time nie. heee.. masing2 dah bam..bam.. huuu... takkan aku bakal menyusul menjadi bam..bam jugakk.. Ahhh..xmungkin!!!
Nie plak gambar sebahagian anak2 buah aku. ehemm..ade berape belas lagi xcukup dalam gambar nie. ahhhh..nampak x kat situ memang besar keluarga aku nie. alhamdulillah

bergambar dengan cousin2 dari Besut. 

 Cik Su, Cousin Alia & Cik Ida
 Opps..xmau gosip2 yea. adik lagi nie. pengapit sebelah pihak lelaki, adik abang ipar aku plak tu. ohh,..lupe nak bagitau, aku jadi pengapit akak aku. kih3.. gelabah abis aku. see...belum turn aku lagi nie. mamposss

 Mama & Kawan Mama




 Mak2 Saudara & Cousin2 dari Kelantan.
 Makan Beradat. Makan jangan x makan tauuu..

 Gambar Anisah laa paling banyak dalam kamera. Budak Comel laa kan. Heee.. Penat anisah asyik ade je nak bergambar dengan dye. huuu.. :))
 Afifah, Anisah & Kak Nurul

Aku & Anisah

Aku & Adam

Okaylah..aku dah penat nak menaip nie. huuu.. Majlis perkahwinan dah selesai, tunggu akak aku nak pregnant laa plak. ahakkk.. makin bertambah anak2 buah aku nie. heee.. aii..bile plak laa giliran aku. insyaAllah aku doakan jodoh aku tu dari keturunan yang baik, soleh. heee.. doakan untuk aku yea

Okay korang, aku undur diri dulu. Assalammualaikum :)