Saturday 20 December 2014

+~~ Syoknye Praktikal ~~+

Assalammualaikum readers, rindunya nak conteng2 dalam blog aku. hehe.. korang rindu aku x? hehe.. Nak habaq mai nie, aku suka sangat praktikal kat tempat aku nie. Syok habisss. kalau boleh x nak balik UTM tau. bahaha.. nak je mintak UTM extend tempoh praktikal aku nie. eceh, mcm abah aku punya pulak UTM tu kan. haha..

al-kisah, meh aku kongsi. Well, as uolls know. aku intern kat KLCC. so, banyaklah tempat yang aku explore. dengan status praktikal student nie, aku guna sebaik mungkin. hahaha.. dah kerja aku pusing dari floor ke floor, mcm2 gelagak manusia aku jumpa, mcm2 tempat aku berselfie. hahaha..thanks partner aku, Sara yang sudi tolong snap gambar aku. hahaha..

Meh aku belanjer gambar. biarpun korg x mintak dibelanjer pun. aku nak belanjer jugak. hahaha..

Gambar nie aku ambik masa aku nak dapatkan sign dari focal person utk level nie. sambil2 layan dokumen yang kena sign tu, menyempatlah aku pergi posing kat Street Smart.

Gambar2 bawah nie time aku pergi Gallery PETRONAS. masuk dah percuma, boleh bergambar siap. hehe.. nasib baik ada Sara, kalau aku sesorang. mau kena bawak monopod. hahaha.. btw mmg happy sgt time nie. cantik pulak tempatnye. Jom layan gambar2 aku. cuci mata deh






Awaik termenung jauh akak ea. hahaha.. layan perasaan jap kat Sky bridge. Tumpang masuk dengan member staff yang ada kad staff tu. bolehlah masuk percuma. hehehe.. syokkk.. kata kawan, kalau malam lagi cantik. Hmm..xsabar nak pergi waktu malam pulak. Hahaha.. 

Nampak x apa yang aku nampak??? Slimnya aku. Wow... macam xpercaya je kan. hahaha... Sumpah aku memang agak slim laa skrg. ecehh...angkat bakul sendiri pun boleh.



hehe..xnak belanjer byk gambar. kan korg pun bosan nak layan. hehe..btw apa aku ley share, mmg aku happy intern kat sini. dapat kawan2 baru yang baik n always help me. aku nie kan busak2 baru belajar, so byk laa benda aku x tahu. kadang rasa mcm knowledge aku sgt laa rendah. huhu.. Malu bak hang.

Okaylah korg, aku ada around 1 month lagi kat sini. huwaaaa... nanti dah x dapat elaun. sedih. nak pusing2 dalam KLCC lagi. huwaaa.. xnak habis intern, boleh?? hehehe. Klaa..aku habiskan setakat nie je k. 

Friday 14 November 2014

Makan Jom..nyummmy ~_~

Assalammualaikum uolls,
Sejuk je cuaca kat KL sekarang. Bila petang je mesti hujan. Alhamdulillah..tenang sikit hati ni. Hee.. Time hujan ni perut memang cepat je nak mntk diisi kan. samelah dengan perut aku. hahaha.. so far aku memang still xambil karbo, tapi berat xmau pun turun. mungkin dah tahap minimum da berat aku ni. kang kurus sangat, xde yang sudi nak berkenalan plak. haha.. poyo macam hot je kan.

Okaylah, sejak berintern ni. awal2 dapat elaun memang merasa nak makan besar open table kata orang. eceh..alhamdulillah rezeki kena laa kongsi2 kan. mana tau berganda rezeki masuk poket kite nanti. Kali nie aku dapat laa merasa Fuel Shack, IKEA, Sushi King. Perghh..kali pertama kot makan kat 3 tempat yg hot utk pengemar makanan ni. hehehe.





Tu dye makanan aku hadam dalam perut aku ni. Hee.. kan kelakarnye aku kan xamik karbo so mane laa nak makan sushi yang terang ade karbo. Along aku pnyelah kesian kat aku so order laa salad utk aku. tengok dlm gambr macam okaylah nak isi perut ni. last2 sampai, alahai sikitnye. memang aku sampai ke rumah sewa terus cari makanan kat dapur. hahaha.. 

Next..next. apa lagi aku makan? Papa Johns bak hang. first time kot masuk kedai tu. punyelah orang kampung kan. xde kat dungun kedai cmni. mane nak merasa. hahaha.. kali ni kawan aku belanjer. syok habis. xtau laa dye habis berapa ringgit sebab x tanye pun. hehe.. alhamdulillah, moga Allah murahkan lagi rezeki korang. So, aku makan pizza. memang aku da start amik karbo sebab da sebulan aku berDA ni. so dah ley hentam karbo. kih3.. 




Dalam gambar ni aku nampak putih semacam je. wow.. muka baru kena tinggal pun makin berseri ke? haha.. btw aku user safi je. menjadi jugaklah safi ni kan. even xdelah mahal dan glamour. tapi okaylah. serius nampak muka aku makin cerah, jerawat pun da kurang. hee.. iklan tetibe.




Thanks friends, tanpa korang. kawan2 sejak diploma lagi. baik buruk semua kita da kenal. thank you so much. bahagia ada kawan macam korang. harap xberpisah walau kite dah bergelar isteri orang. ecehhh..

Okay, dah settle update blog dengan isi yang biasa2 je. hee.. nak jalan2 tapi wangnya.. huwaaaa.. bye

Thursday 23 October 2014

BerDiet Atkin Jap

Apa benda alah DA tu? Hehe.. buat korang yg tak pernah dengar DA tu, meh aku terangkan. DA short term utk Diet Atkin. Actually Diet Atkin ni dah lama diamalkan di US. Sedia maklum kan, rakyat US memang mengalami masalah obesity. Masalah obesity ni punca utama adalam fast food. Sebab kat sana paling awal wujudnye restaurant fast food. So, sekarang M’sia xterkecuali. Rakyat M’sia pun mengalami masalah ni dengan sebab yang sama.

AKU? Apa kena mengena dengan aku? Aku pun obes ke? Ahaha.. kalau korg tgok aku depan2 pasti ckp aku kurus je. Kenapa nak diet semua ni? Hehe.. okay, aku bukan kurus tapi berisi dan tak gemuk. Kira sedang2 laa. Aku amal DA ni bukan utk kurus je tapi utk sihat. Aku tgk testimony DA ni ramai yg makin cantik, makin mudah dapat anak dan paling penting mmg makin sihat. Sebab DA sarankan kita utk workout. Bkn diet hidup2. Hahaha.. phm??

Okay, aku skrg da msuk hari ke-7. Wow..mcm xcye aku xmkn nasi, mee, roti. Biskut tu ada laa (pdhl xblh dlm DA ni) tpi aku belasah je. So far, aku masih bertenaga utk kerja. Agpun aku amik Vit-C. hee.. utk cantikkan kulit jgk. 

So far, aku dah timbang dari berat 56.4kg ke 54.4kg untuk 2 minggu. memang aku turun agak lambat mgkin sebab aku masih amik menu yang dilarang dalam DA ni. FOe example, susu, minuman manis. Hehe..susu memang aku minum utk breakfast, kalau tak, memang kebulur laa aku kat ofis nanti. Hehe.. Minuman manis tu taklah bergeleng-geleng aku amik, cuma ada laa 2 3 cawan. 

Menu DA sgt senang, korg kena diet karbo. Nasi, mee, roti mmg sah2 xley. Korg kena bykkan minum air suam, telur xpe, sayur2 hijau, cheese. Byk lagilah. Nanti aku bg kt korg.


Bagi aku, utk korg yg da Nampak bdn makin naik tu, aku sarankan korg diet slow2. Bkn apa bila korg da diberi gelaran ‘cute’ tu mmg ag susah utk korg diet. Nak cantik memang sakit, kena kuat laa awal induction tu. Mental kena kuat jgk kot ada kwn2 korg ajak mkn nasi ke. Korg pndai2 laa lwn nafsu korg. Heee.. okay bye

https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia/

Rumah Kongsi

Rumah kongsi aka rumah sewa. Aku xpernah pulak nak sewa rumah sbb sejak aku belajar lagi aku dah duduk dalam hostel or kolej kediaman di universiti. So memang xde masalah pasal rumah sewa ni. Tapi dek kerana aku tengah buat praktikal kena ler aku cari rumah sewa. Cari punya cari, last2 aku dengan kwn2 dapat laa rmh sewa. Tu pun nasib baik ada kawan yang org KL tlg carikan. Dah dapat, senangnye hati. Hehe.. mana taknye, aku duk Terengganu nak cari rumah sewa kat KL. Owner rumah mntk pegi tengok rumah pun da satu masalah.

Taman Bunga Raya, Jalan Malinja 3. Terletaklah sebuah rumah teres satu tingkap. Selesa tu xde laa selesa macam duk rumah sendiri. Bilik tak laa besar macam bilik sendiri. Kena kongsi pulak tu. Tapi aku bersyukur sgt ada jugak tempat berteduh. Heee..

Sewa bulanan rm1200 kongsi 9 orang. So pandai2 laa korang tolak bahagi semua. Belum masuk bil air api ag tu. Heee.. makan minum semua belum tambah lagi. Nasib baik ada peti sejuk, dapat laa simpan2 lauk utk jimat belanja harian. Hehe..

Aku masak? Hahaha..percaya x aku sejak duk rumah sewa ni memang rajin masak. Haha.. opppsss,sebenarnye sejak aku cuti sem lagi dah rajin masak. Dah rasa naluri keibuan tu. Haha.. bagus2.  Practice make perfect. Dan ditambah pulak aku sorg je yg pegi keje awal, balik awal. So mmg aku amik peluang ni utk belajar memasak. Haha.. setakat ni kawan2 aku xde plak komen masakan aku xsedap. So, memang sedap sgt laa tu. Hahaha. Aku terharu shangat. Kalau masak kat rumah mesti ada xkena. Huhu..

So buat korang yg malas nak masak tu, bwk2 belajar laa. Bukan ape bila masak ni rse happy len macam je. Segala kasih syg kau curah dlm mskn. Hee. Sebab tu lelaki suka pmpuan pndai msk. Aku xde ler pro sgt. Baru jgk belajar Cuma bertahun laa tgk org msk. Dari situ kot aku bljr memasak. Hee. Kalau kat rmh dlu pnyelah malas nk masak smpai sgguh pggil adik tlg msakkan tu. Hahaha..


Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27

26/9/2014 aku, Syaza akan menghadiri temuduga SPA. Hehe.. kali pertama interview untuk jawatan kastam ni. Asalnya aku interview kt JB tapi disebabkan aku skrg ada kt KL, terpaksalah aku tukar tmpt temuduga ke KL. Bukan tempat je, dengan tarikh2 aku kena tukar. Huu.. hajat hati aku nak buat kat Terengganu, blh balik kampong terus. Tapi nak buat macam mana, tarikh interview kt Terengganu xsesuai plak. Huwaa.. kena jugak laa buat kat KL.

So, aku mmg org baru di KL biarpun dah 3 tahun belajar kt KL time diploma dlu. Namun aku masih janggal dgn jln2 kat sini. Huhu.. nak cari tempat interview nie satu masalah jugak. Interview plak start pukul 8, satu lagi masalah. So.. aku amik cuti hari Jumaat tu biarpun xsampai sebulan aku intern. Hehe..peduli apa. Yg penting settle interview dlu.

Tempat interview kat Jalan Cenderasari,KL. Jenuh nak mencari dalam internet, adik Sara pn tolong carikan jugak. Hee.. Disebabkan aku dari Wangsa Maju, aku amik LRT ke Pasar Seni. Dari Pasar Seni aku tanya2 laa org2 kat sana. Ada sorg pakcik ni tunjuk jalan ke aku nak ke Jalan Cenderasari ni. Aku pun follow laa jalan yg dye tunjuk. Aku menuju ke KTM Kuala Lumpur (Bersebelahan dengan stesen LRT Pasar Seni), dari situ aku terus jalan2 sampai laa aku jumpa terowong underground. Nak masuk ke terowong tu, aku terserempak dengan mat drug. Terperanjak aku. Memang aku takut habis. Xkan aku nak ikut jalan tu jugak. Mmg cari nahas aku pagi tu. Last2 ada sorg akak yg kebetulan lalu kat situ. Dia nampak aku nak masuk ke terowong tu, akak tu cepat2 laa panggil aku. Akak tu cakap jln tu bahaya. Aku tengok mamat drug depan tu pun dah tau bahaya. Akak tu bagitau laa jalan lain nak ke SPA tu. Huwaaa… aku sgt2 bernasib baik tau. Syukur Allah masih sayangkan aku.

Sampai jugak aku ke tmpt SPA tu. Aduii..penat xpyh ckp la. Mau berpeluh satu badan. Sampai je, aku terus pegi tmpt urusetia. Tunggu nama dipanggil, dapat nombor giliran. Aku diarah ke bilik temuduga A, giliran aku yg ke 4. Ahhh..awal2 datang bagus jugak. Xpyh tunggu lama. Pkul 9 aku dah settle interview. Igt nak masuk ofis terus lepas tu tp ada agenda nak kena settle. Batal ler niat aku tu.

Soalan ape yg ditanya? Haha.. ada 2 org panel. Sorg dari SPA dan sorg lagi dari kastam. Nak dikatakan aku ni dapat, xtau lagi. Sbb soalan dari pegawai kastam tu satu pun aku xjawab kes x study. Pegawai SPA plak byk soal pasal GST. Dengan course aku “keselamatan Komputer”, so byk laa dye tye pasal security. Yang Kastam tu mmg soalan bonus. Nama pegawai Kastam, Misi Kastam, Objektif Kastam, apa tugas kastam dll.

Settle, sejam je aku duk SPA. Nak sampai tu berliku2 jalan. Huwaaaa… Okay, settle tu aku pegi Hentian Putra nak cari tiket bas balik Dungun. Tapi sodeh, semua tiket dah habis. Yang ada pun malam sabtu. Cuti pun aku x apply lagi. Huhu.. harapan laa nak balik. So beraya laa aku kat rumah kakak2 aku. Nasib baik ada kakak kat sini. Mau meraung jugak dengar azan raya kat rumah sewa tu. Hehe..

Lepas tu aku balik rumah sewa jap simpan fail dan tukar beg. Aku plan nak pegi Taman Melawati nak pi amik barang aku beli online. Dah seminggu duk simpan kat pjbt pos tu. huhu.. satu masalah pulak,aku boleh tersalah bas. So, sampai tengah jalan, drebar bas turunkan aku. Aku terus ambik teksi pegi Taman Melawati. Hee.. sampai tu nak mencari pulak pjbt pos. mak aii, tengah2 panas aku dengan baju kurung moden. Semua mata memandang aku. Hahaha.. macam ade shooting je tengahari tu. Haha.. settle satu barang. Satu barang lagi hantar kt Batu Caves. Aku amik laa teksi sbb xlarat da nak pegi naik LRT, tukar KTM. Memang xlarat. Naik teksi terus ke Batu Caves. Sampai sana aku amik laa brg aku. Lepas amik barang, aku amik plak teksi pegi ke stesen KTM. Mau terlelap aku dalam KTM tu. Hahaha..


Sampailah jugak aku di rumah sewa ku. Huhu.. pkul 9 aku settle interview, tapi pukul 3.30ptg baru aku settle semua agenda aku hari tu. Fuhh.. memang kenangan habis aku gerak sorg2 dari salah busnye, jalan2 ditengah panasnye dan lastly aku buat lawatan tengok patung Buddha kat Batu Caves. Lawatan tak disangka2. The End J

Intern di PETRONAS

Assalammualaikum and hai uolls. Allow…ada orang tak ni? Dah lame xde orang nak ketuk pintu blog aku ke? Haha..mentang2 laa tuan tanah pun lama xbersihkan laman. Huuu… sibuk aku mengalahkan Project Manager (PM) kat PET-ICT ni. Hehe

Alkisah tersebutlah kisah aku sudah berstatus Intern student. See, intern kat company besar tu.  Bangga mak bapak kat kampong. Hahaha.. tapi jangan pndang cmtu. Aku sangka kerja aku mmg banyak sebab setimpal laa dengan elaun PETRONAS bagi. RM1000 sebulan tau. Banyak tu kalau dimata aku ni. Haha.. kawan2 yang lain pn xbanyak macam aku tapi dorang banyak keje kot. Kadang ada yang bawak balik kerja. Siap weekend kena hadap kerja. Kesian aku tengok. Tapi aku rasa aku lagi kesian. Mana taknye, aku punya laa susah nak dapat kerja. Aku pulak yang kena rajinkan diri untuk dapatkan kerja.

So, aku dengan adik Sara intern di department yang sama. Suasana department aku intern nie memang busy. Sah laa dorg pn xde masa nak assign kerja apa untuk aku. Huuu.. kesian kan. Huwaaa.. dah sebulan aku intern, kerja xbanyak nak dibandingkan dengan kwn2 yang lain. Sedih bak hang. Yang penting elaun x kurang sesen pun okay. Hehe..

So, apa yang aku belajar sejak aku intern ni? Banyak.. antaranya korang kalau intern nanti janganlah amik company besar. Mmg dorg bagi elaun besar tp sedih korang mmg xde keje. Dorg dah berlambak staff, mana nak bagi kerja utk kite. Paling tak pun jadi secretary. Printing, scanning mmg kerja aku. Haha.. edit2 document dorg. Banyak benda nak masuk dalam logbook aku nanti. Haha.. nada peril cenggitu.
Sekarang aku di bawak sorg PM. Aku akan kerja untuk 2 projek. So,segala bagai document aku cuba tolong. Tp xlah byk sgt. Memang aku kena mntak kerja dgn projectmate aku. Kalau x mintak memang berbulan laa aku duk tersenggup kat depan laptop. Bosan sgt. Tgok jam, tunggu masa rehat dengan balik je. Hahaha.. tu jelah kerja aku. 

Bagi aku kalau time intern nie better korg pegi company kecil. Belajar dari bawah. Belajar main2 dengan hardware then baru laa kau dapat merasa buat kerja kat meja je. Btw aku dapat laa jugak melawat Data Centre, Tower and Tower 3 KLCC. Alhamdulillah. Terima kasih buat mereka yg ajak kami jalan2. Hehe.. tp syg beberapa hari je dpt merasa. Berminggu2 merasa bosan di meja ofis.

Okaylah korg, aku xbyk cerita nak bagitau. Nanti aku cerita lagi k. hehe..





Thursday 21 August 2014

Hey Dunia (~~*_*~~)

Assalammualaikum readers. Ecehh..lama betul aku xjenguk blog aku ni. mau ade sorg dua je jenguk blog aku sehari. hehe.. almaklumlah tuan blog pun tak menjenguk. huuuu... Sibuk sangat ke aku nie? memang sibuk. cuti semester masa untuk aku dengan family. working and so on. huhu...

Kerja sememangnya jadi part dalam cuti aku. hee.. macam biasa laa aku tumpang kerja sebulan dengan abang ipar aku. dapat laa kenalan baru. biarpun kerja stor je tapi enviroment dlm stor tu mmg best. borak2 dgn kwn dan kerja xsakit kepala. hehe.. sakit badan pun xsgt. ape ag..mmg aku kerja laa semahunye.. so..dapat pulak bonus raya. hureyyyy.. baiklah abg ipar aku tu. murah rezeki insyaAllah.

aku & adik izzati

aku & shikin
 Tada...nah gambar aku dgn kengkwn yg baik hati. hee.. ade sorg ag pmpuan, yg lain semua lelaki. mmg senang kerja dgn dorg ni. dgr je ape arahan kite. biarpun sama2 kuli. hahaha...

okay, next aku nk story skit sal hari raya tahun ni. hee.. tahun lepas pun ada cerita kan. so tahun ni lain skit critanya. kak nurul dulu slim sekarang dan jd ibu mengandung. tahun lepas aku raya dengan title single, srkg da in relatinship. ayooo...poyo je statement.

perghhh...ada gaya model x? hahaha.. adik enin tlg snap, menyampah habis dye tgok aku posing. hahaha.. inilah puncanya bila kcik xske bergambar, nah sekali bila da besar. semua fon nak ada gambar aku.

mama, kak long dan anak2 buah. 

 monopod sekali. snap... hureyyyy..nie muka2 excited nak beraya. nasib baik muka aku nampak jgk.
 Kak eida & luqman


 Along Tirah, anak buah aku yg sulong. da 13tahun tuan badan. besar tinggi dari aku. hehe.. sekali tolak mak sdara dye ni, mau terguling aku. hahaha..
 
 Angah, anak buah kedua. hensem bak hang. habis paksa nk bergambar dgn dye, last2 dpt jugak. peluk kemas keming adik aku. hahaha...
 Achik, yg ketiga. baik, pendiam dan rajin orgnye. hee.. yg ni mmg ikut cik ja dye. blushing tetibe. :P
 anak buah dua org ni memang ske sgt melaram. haha.. dgn beg pink. kasut pink. ayoooo... kalah cik ja kau. cik ja kasut rye pun amik yg tahun2 lepas. beg ag laa rembat yg adik punye. heee
 aku & kak ida
aku, kak long & mama

Done to story about eidulfitri and part time work. now...tadaaa... cik pandai buat puding da. hehe.. puding sedap bak hang. kasi makan kat bos petronas plak tu. nyummmy... bangga sekejap. kih3..


tu dya. gambar puding aku smpat nap. sekali buat bukan 10 20 bekas. mau 2++ bekas jugak tau. semangat laa aku jd usahawati muda. kih3.. sanggup aku buat ni pun kes nak cari duit byr deposit rumah sewa. last2 duit habis entah kemana. hahaha.. syaza ooo syaza. apa nak jadi ah. kih3..

okaylah, aku pun dah xde ape nak share dgn korang. kalau korg ade berminat nak try puding tu, boleh laa contact aku deh. dadaaaa...

Friday 23 May 2014

I'm Third Year Student

Assalammualaikum...apa khabar kwn2? aishhh..lame jgk aku x corek cerita dalam blog ni. maaf yea xde cerita menarik nak kongsi. iye je. padahal xde masa langsung nak belek2 blog aku nie. hmmm.. so ape cite aku nak kongsi kali nie? heee...

Im third year student. wow...third year baru nak amik koq? biaq betul. so what?? hahaha.. biasalah dah tua bangka baru nak amik koq. itu kot adik2 kelas koq aku ngumpat sal aku. eceh..xbaik fitnah. berdosa. okay..kembali ke tajuk utama aku. aku nak kongsi kisah aku disebalik koq nie. aku dengan aini antara pelajar direct entry yang berbaki xamik koq. so aku amik laa semester ni dengan aini tapi lain course laa. aku amik grooming. cewahhh..grooming habaq mai. kalau kursus grooming nie kat luar mau beribu jugak bayar.

awal2 sem, aku laa paling excited nak masuk kelas grooming. fikiran aku membayangkan macam pergi kelas grooming yg lecturer aku handle utk Mary Kay. cewahh..besar harapan tu. aku pun melangkah jauh dari fakulti aku ke fakulti alam bina. berpeluh masuk kelas langsung aku xkisah. janji aku dapat digrooming oleh lecturer koq aku nie. ahaha.. masuk je kelas, lecturer aku terus pasang slide show. kertas punya ler tebal bagi kat aku. hmmm...aku pun senyum kerang la tengok kertas tu. muka lecturer tu aku tenung tajam. ape dia nak buat dengan kertas tebal nie? aishhh...xkan laa macam dlm kelas jugak kot. hmmm...so, nak dijadikan ceritanya sesi koq aku hanyalah tengok je slide show. mata aku makin lama makin layu. nak tunggu 2 jam terasa bapak lama. perghhh..bosan cakap kau. mengantok. baru habis kelas yg da terang2 baca je slide, masuk kelas koq pun baca slide. bosannnn... ahhh..punah segala harapan aku tu. huwaaaa...

hahaha..okay2 stop setakat tu. so aku sekarang dah pun habis koq aku. seronoknyeeee... petang selasa aku dah xde apa yang boleh ganggu. aku boleh golek2 atas katil laa lepas nie. hahaha... sepanjang aku bergrooming nie dapat laa aku berkenalan dengan dua orang kawan dari fakulti alam bina tu. Aida dan Fateh. baik sangat dorang. dorang tua setahun dari aku tapi di fakulti dorang, dorang masih tahun 1. so..aku terasa aku laa paling tua dalam kelas tu. hahaha..

now...show time!!! haha.. aku nak tayang sikit gambar aku sepanjang aku bersama kawan2 koq nie. heee.. aku sempat 'melancong' ke Melaka, berdinner di Mutiara Hotel Johor Bahru. wow..untung jugak kan. dapat merasa makan di five star hotel. hahaha.. bayar pun boleh tahan laa.





Tadaaa...tu dia. melaka aku melangkah untuk kali kedua. hmmm...memang xde mood langsung nak pegi melaka kali nie. yelah dah dua kali pegi dalam satu semester. huuu.. tapi syukur laa. ada org xdpt pun nak pegi melaka nie. aku kira beruntung laa kan. hehehe.. lepas nie aku dah tau nak pegi mana. boleh jadi tourism guide. haha.. ngekkk




CANTIK!!! semua cantik2 malam dinner nie. aku pun melaram jugak laa. hehehe.. tapi aku seronok sgt sebab aku xkeluar duit pun nak beli benda alah nak pakai malam dinner tu. kasut kak nurul punye, baju kurung moden tu pun kak nurul punye. handbag dinner along punye. gelang plak Ira punye. makeup roomate aku laa tolong. so...ape lagi?? shawl je aku punye. hahaha.. alhamdulillah..terima kasih sponsor dari akak2 aku. lepas nie kakak kahwin, mntk akak2 laa sponsor. hahaha.. aku tolong jadi pengantin je. wahhh..memang syokkk.. hahaha.. banyak cun muka kau nak semua sponsor. HAHA..
okay..itu je aku nak kongsi. daaaa...