Thursday 9 May 2013

Kelebihan Bulan Rejab

Assalammualaikum..selesai sudah PRU13, kite kembali mengira amalan kite sebagai umat Islam. Berbalah mengenai pilihan raya, tanpa berjihad dalam perjalanan hidup kite pun xguna jugak. BUlan Rejab bakal menyusul tiba Sabtu | 11 Mei 2013 | 1 REJAB 1434. Alhamdulillah, Allah izinkan kite untuk merebut peluang ini untuk perbanyakkan amalan puasa sunat. Ayuh kawan2, kite perbanyakkan berpuasa dalam bulan ini. Nak tahu ape kelebihan bulan Rejab nie, jaja sertakan beberapa kelebihan

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan Asyhurul Hurum, sebuah bulan yang dimuliakan selain Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Muharram.

Puasa dalam bulan Rejab sebagaimana bulan mulia lain, hukumnya adalah sunat.
Diriwayatkan dari mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah SAW bersabda,
"Puasalah pada bulan-bulan haram (mulia)."
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad).

Banyak keistimewaan yang diperoleh apabila kita berpuasa dalam Rejab, Salah Satunya adalah:


 1. Laksana puasa sebulan.

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa berpuasa pada bulan Rejab sehari maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya 7 pintu neraka jahanam. Bila puasa 8 hari maka dibukakan untuknya 8 pintu surga. Dan bila puasa 10 hari maka Allah akan mengabulkan semua permintaannya."

HR. At-Thabrani

2. Dicatat amalannya sepertimana orang yangg berpuasa selama 60 Bulan.

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rejab, Allah mencatatnya sebagaimana orang yang puasa selama 60 bulan."

Abu Hurairah.

 3. Puasa 7 hari pada bulan Rejab akan menutup pintu neraka baginya.


 4. Puasa 8 hari pada bulan Rejab akan membuka 8 pintu surga untuknya.


 5. Puasa 10 hari pada bulan Rejab maka akan menghapus dosa-dosanya dan diganti dengan kebaikan.


 6. Puasa sehari pada bulan Rejab akan mendapatkan air susu yang berasal dari sungai Rajab di surga.
Rasanya manis melebihi madu.

Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya di surga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis dari madu. Barang siapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka ia akan dikarunia minum dari sungai tersebut."

Sunday 5 May 2013

Fifth of May, i will never forget it

Assalammualaikum.. Malaysia akhirnya baru je selesai PRU13 pada 5/5. Jaja antara salah seorang pengundi muda yang berjaya laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. hee.. Alhamdulillah..Allah permudahkan perjalanan jaja pulang ke kampung halaman. cewah.. hee.. okaylah, dah pun namenye politik, ape2 pasti ade yang main kotor. Jaja xnak lah cerite sume tu dalam blog jaja. cukup lah jaja katakan yang jaja sangat kecewa dengan permainan politik nie. huuu.. Rasulullah tidak mengajar kite dengan berpolitik cara menipu ini. Kita dah pandai berfikir, maka pilihkan yang terbaik untuk negara kite. :))

Okaylah..jaja punye pusat mengundi kat sekolah kebangsaan sura, area kampung jaja jugak. so..dah dekat dengan rumah, cubelah elak untuk beratur panjang. heee. jaja pergi dengan mama dan abah. time tu abah dah pun mengundi, tinggal jaja dengan mama je la. Hee.. kali pertama jariku kena calit dengan dakwat "kekal" tu. kih3.. actually dakwat tu xdelah kekal macam yang diuar-uarkan oleh pihak SPR.bru je madi, dah tanggal kesan dakwat tu.

Kepulangan jaja dengan membawa satu tanggungjawab yang digalas dan diamanah sebagai umat Islam. Cuba membantu bagi memberi kemenangan kepada pihak yang benar dan pihak yang memperjuangkan agama Islam. Alhamdulillah, bandar Dungun berjaya dimenangi oleh pihak pembangkang. Tengok pada fenomena pilihan raya kat kampung jaja pun memang dah boleh agak pihak mana yang akan menang. mane taknye, orang2 muda yang membawa bendera parti merata tempat. orang2 tua mampu tersenyum dengan semangat orang muda sekarang. Pada apa yang jaja perhatikan, fenomena nie macam Malaysia menang perlawanan bola je. HEEE...

Jaja ada jugak tanya pada pak sdare, zaman dia dulu pilihan raya macam sekarang ke.. ape yang pak sdare bagitau, zaman dia dulu x macam sekarang. zaman sekarang teknologi makin canggih, makin kite dapat tahu perkembangan negara sekarang, malah negara2 luar jugak. dengan teknologi jugak segala penipuan terbongkar. satu persatu kebenaran dapat dibongkar dek kerana teknologi dihujung jari nie. HEEE..

Apepun, perubahan yang kami mahukan tidak tercapai. Tapi tidak mengapa, kekalahan ini buat kami makin kuat untuk mengharungi kehidupan ini. Jangan mudah menyerah kalah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengdatangkan kesusahan dalam perjuangan kite ini kalau bukan dengan adanya hikmat. Rasulullah pun pernah kalah dalam peperangan, tapi Allah hadiahkan Rasulullah dengan kemenangan untuk peperangan yang seterusnya. Begitu jugak kami, umat Muhammad dengan berperang dalam menegakkan kebenaran dan memperjuangkan agama kami. InsyaAllah, kemenangan pasti akan tiba.

Okaylah, setakat tu je coretan jaja mengenai pilihan raya ini. ade ler sedikit gambar yang jaja amik. heee.. Assalammualaikum semua. :))

Jari ditangan kiriku dicalit sudah.

 

Pusat pengundian jaja di Sekolah Kebangsaan Sura.