Sunday 5 May 2013

Fifth of May, i will never forget it

Assalammualaikum.. Malaysia akhirnya baru je selesai PRU13 pada 5/5. Jaja antara salah seorang pengundi muda yang berjaya laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. hee.. Alhamdulillah..Allah permudahkan perjalanan jaja pulang ke kampung halaman. cewah.. hee.. okaylah, dah pun namenye politik, ape2 pasti ade yang main kotor. Jaja xnak lah cerite sume tu dalam blog jaja. cukup lah jaja katakan yang jaja sangat kecewa dengan permainan politik nie. huuu.. Rasulullah tidak mengajar kite dengan berpolitik cara menipu ini. Kita dah pandai berfikir, maka pilihkan yang terbaik untuk negara kite. :))

Okaylah..jaja punye pusat mengundi kat sekolah kebangsaan sura, area kampung jaja jugak. so..dah dekat dengan rumah, cubelah elak untuk beratur panjang. heee. jaja pergi dengan mama dan abah. time tu abah dah pun mengundi, tinggal jaja dengan mama je la. Hee.. kali pertama jariku kena calit dengan dakwat "kekal" tu. kih3.. actually dakwat tu xdelah kekal macam yang diuar-uarkan oleh pihak SPR.bru je madi, dah tanggal kesan dakwat tu.

Kepulangan jaja dengan membawa satu tanggungjawab yang digalas dan diamanah sebagai umat Islam. Cuba membantu bagi memberi kemenangan kepada pihak yang benar dan pihak yang memperjuangkan agama Islam. Alhamdulillah, bandar Dungun berjaya dimenangi oleh pihak pembangkang. Tengok pada fenomena pilihan raya kat kampung jaja pun memang dah boleh agak pihak mana yang akan menang. mane taknye, orang2 muda yang membawa bendera parti merata tempat. orang2 tua mampu tersenyum dengan semangat orang muda sekarang. Pada apa yang jaja perhatikan, fenomena nie macam Malaysia menang perlawanan bola je. HEEE...

Jaja ada jugak tanya pada pak sdare, zaman dia dulu pilihan raya macam sekarang ke.. ape yang pak sdare bagitau, zaman dia dulu x macam sekarang. zaman sekarang teknologi makin canggih, makin kite dapat tahu perkembangan negara sekarang, malah negara2 luar jugak. dengan teknologi jugak segala penipuan terbongkar. satu persatu kebenaran dapat dibongkar dek kerana teknologi dihujung jari nie. HEEE..

Apepun, perubahan yang kami mahukan tidak tercapai. Tapi tidak mengapa, kekalahan ini buat kami makin kuat untuk mengharungi kehidupan ini. Jangan mudah menyerah kalah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengdatangkan kesusahan dalam perjuangan kite ini kalau bukan dengan adanya hikmat. Rasulullah pun pernah kalah dalam peperangan, tapi Allah hadiahkan Rasulullah dengan kemenangan untuk peperangan yang seterusnya. Begitu jugak kami, umat Muhammad dengan berperang dalam menegakkan kebenaran dan memperjuangkan agama kami. InsyaAllah, kemenangan pasti akan tiba.

Okaylah, setakat tu je coretan jaja mengenai pilihan raya ini. ade ler sedikit gambar yang jaja amik. heee.. Assalammualaikum semua. :))

Jari ditangan kiriku dicalit sudah.

 

Pusat pengundian jaja di Sekolah Kebangsaan Sura.

No comments:

Post a Comment