Friday 23 May 2014

I'm Third Year Student

Assalammualaikum...apa khabar kwn2? aishhh..lame jgk aku x corek cerita dalam blog ni. maaf yea xde cerita menarik nak kongsi. iye je. padahal xde masa langsung nak belek2 blog aku nie. hmmm.. so ape cite aku nak kongsi kali nie? heee...

Im third year student. wow...third year baru nak amik koq? biaq betul. so what?? hahaha.. biasalah dah tua bangka baru nak amik koq. itu kot adik2 kelas koq aku ngumpat sal aku. eceh..xbaik fitnah. berdosa. okay..kembali ke tajuk utama aku. aku nak kongsi kisah aku disebalik koq nie. aku dengan aini antara pelajar direct entry yang berbaki xamik koq. so aku amik laa semester ni dengan aini tapi lain course laa. aku amik grooming. cewahhh..grooming habaq mai. kalau kursus grooming nie kat luar mau beribu jugak bayar.

awal2 sem, aku laa paling excited nak masuk kelas grooming. fikiran aku membayangkan macam pergi kelas grooming yg lecturer aku handle utk Mary Kay. cewahh..besar harapan tu. aku pun melangkah jauh dari fakulti aku ke fakulti alam bina. berpeluh masuk kelas langsung aku xkisah. janji aku dapat digrooming oleh lecturer koq aku nie. ahaha.. masuk je kelas, lecturer aku terus pasang slide show. kertas punya ler tebal bagi kat aku. hmmm...aku pun senyum kerang la tengok kertas tu. muka lecturer tu aku tenung tajam. ape dia nak buat dengan kertas tebal nie? aishhh...xkan laa macam dlm kelas jugak kot. hmmm...so, nak dijadikan ceritanya sesi koq aku hanyalah tengok je slide show. mata aku makin lama makin layu. nak tunggu 2 jam terasa bapak lama. perghhh..bosan cakap kau. mengantok. baru habis kelas yg da terang2 baca je slide, masuk kelas koq pun baca slide. bosannnn... ahhh..punah segala harapan aku tu. huwaaaa...

hahaha..okay2 stop setakat tu. so aku sekarang dah pun habis koq aku. seronoknyeeee... petang selasa aku dah xde apa yang boleh ganggu. aku boleh golek2 atas katil laa lepas nie. hahaha... sepanjang aku bergrooming nie dapat laa aku berkenalan dengan dua orang kawan dari fakulti alam bina tu. Aida dan Fateh. baik sangat dorang. dorang tua setahun dari aku tapi di fakulti dorang, dorang masih tahun 1. so..aku terasa aku laa paling tua dalam kelas tu. hahaha..

now...show time!!! haha.. aku nak tayang sikit gambar aku sepanjang aku bersama kawan2 koq nie. heee.. aku sempat 'melancong' ke Melaka, berdinner di Mutiara Hotel Johor Bahru. wow..untung jugak kan. dapat merasa makan di five star hotel. hahaha.. bayar pun boleh tahan laa.





Tadaaa...tu dia. melaka aku melangkah untuk kali kedua. hmmm...memang xde mood langsung nak pegi melaka kali nie. yelah dah dua kali pegi dalam satu semester. huuu.. tapi syukur laa. ada org xdpt pun nak pegi melaka nie. aku kira beruntung laa kan. hehehe.. lepas nie aku dah tau nak pegi mana. boleh jadi tourism guide. haha.. ngekkk




CANTIK!!! semua cantik2 malam dinner nie. aku pun melaram jugak laa. hehehe.. tapi aku seronok sgt sebab aku xkeluar duit pun nak beli benda alah nak pakai malam dinner tu. kasut kak nurul punye, baju kurung moden tu pun kak nurul punye. handbag dinner along punye. gelang plak Ira punye. makeup roomate aku laa tolong. so...ape lagi?? shawl je aku punye. hahaha.. alhamdulillah..terima kasih sponsor dari akak2 aku. lepas nie kakak kahwin, mntk akak2 laa sponsor. hahaha.. aku tolong jadi pengantin je. wahhh..memang syokkk.. hahaha.. banyak cun muka kau nak semua sponsor. HAHA..
okay..itu je aku nak kongsi. daaaa...