Monday 17 February 2014

Trip to Langkawi

12/2/2014 until 15/2/2014. Tarikh kemarat laa katakan. Akhirnya planning dgn kengkawan untuk holiday ke Langkawi, menjadi jugak. Syukur Alhamdulillah. Planning dah berbulan. konon dapatlah merasa shopping di Langkawi bila bukak semester nanti dgn duit ptptn baru masuk. Last2, duit xmasuk lagi. huwaaa.. terpaksalah shopping coklat sikit je. Sedih!!

Apa pun dengan berbekalkan duit pinjam dari mama, dapatlah aku merasa nak membeli barang dekat sana. heee.. Banyak masa kami pergi jalan2 area Langkawi tu. kenal tempat orang, kenal orang pulau. Wah..macam2 lagilah. Haha.. Penat, Seronok, Tangis. Macam2 benda dah berlaku kat sana. mengajar aku erti sebenar kehidupan. Cewahh.. Macam poyo je
                           
Tepat jam 6 ptg, kiteorang dah mula bertolak dari Skudai ke Puchong. Fulamak, memang penat. Nak2 yang drive waktu tu. Dengan jam orang balik kerja lagi. Dengan aku yang baru je habis KoQ kena plak jalan kaki balik kolej. Ahhh..kurus i.


Keesokkan waktunya, aku punya turn nak naik flight pukul 5 ptg. sempat lagi bergambar dekat Subang Airport. 

Here We Gooo.. Langkawi, we are coming. Muke happy semacam je kan. Memang happy sgt pun. Ahaha..

Malinja Homestay tempat pilihan kami berteduh kali ni. Cewahh.. Memang cantik sgt hiasan dalaman rumah ni. Barangan complete. Katil, meja makan, tv plasma. tip top cakap kau.


Makam Mahsuri first place kiteorang visit. Jom cuci mata dulu tengok gambar aku letak ni. Harap membantu buat korang yg nak sangat bercuti ke Langkawi tu.



Nie depan Beras Terbakar. ada laa tempat nak beli barang tu. Huuu.. Ingat nak beli sunglasses. last2 tak terbeli jugak. rembak yang kawan punya. :))

Nak naik cable car, tempat ke tiga kami untuk hari kedua tu. Memang penat yang amat. tapi sebab bukan selalu pun dapat pergi Langkawi ni. So, manfaatkan sepenuhnya masa yang ada. Aha.. mahu sunburn jugak aku kali ni.



Hari kedua kami di Langkawi. Makan2 dan pergi Haji Ismail Market yang banyak jual coklat tu. Kalau ke Langkawi tak beli coklat, macam pelik je.So, aku belilah. biarpun duit tak banyak, janji cukup syarat sudah. Heee..


Tadaaa..Hari terakhir kami di Langkawi. Awal2 pagi lagi dah menuju ke Island Hopping. Banyak cun punya tempat maa. Hehe.. Muka mengantok pun aku lupakan. Janji aku dapat nak bot yang macam roller coaster tu. Weeyyy



Dataran Lang, lambang Pulau Langkawi terletak disini. Hee.. Last place kiteorang pergi. Selamat tinggal Langkawi. InsyaAllah aku datang lagi lepas ni dengan family pulak. Huuu..



3 comments: