Showing posts with label Mary Kay. Show all posts
Showing posts with label Mary Kay. Show all posts

Sunday, 4 September 2016

~~SatinHands Set Mary Kay~~

Assalammualaikum semua, apa khabar?  Harap semua sihat hendaknya.

Sejak jaja balik dari Sabah, tangan jaja sangat kering dan gelap. pergi pulau lupa nak pakai sunscreen,adui habis gelap. malu plak tengok tangan yg kering macam tanah yg kering kontang. Corak blkg tangan lebih kurang mcm tu la.

So, satinhands set nie mmg pilihan terbaik.


nampak kan tangan jaja gelap dan jelas kelihatan garis2 halus. malunyeee..

Untuk korg yanh berminat nak cuba, Ada tiga steps yang senang gila nak make sure tangan korang rasa Umph.

1 - Hand Softener
Bagi penghidratan serta-merta and kunci kelembapan. Tangan you akan rasa lembap berjam-jam walaupun dah cuci. Step ni penting jugak untuk make sure daki kita yang berkilo tu jadi lembut, so senang bila you nak sapu Scrub nanti, daki tu ikut tertanggal sekali.

2 - Smoothie Hand Scrub – Bersihkan kulit you semaksima mungkin. Jadi dia keluarkan daki yang dah pun lembut tadi.  Tangan pun ikut mencerah. Boleh cuba sebelah tangan dulu, then the other hand. You comparelah. Best kan? Tangan pun rasa licin and lembut on the spot. You macam tertukar. Sutera atau tangankah ini? Gitu sekali impak dia. Bau pic.

3 - Hand Cream – Ni apply lepas pakai Scrub. Pun hidrat serta merta and protect tangan dari segala jenis sinaran semulajadi yang ada. Spotlight tidak termasuk ya.


SO, CARA NAK PAKAI MACAM MANA PULAK? MACAM BANYAK JE STEP-NYA?

Step 1: Hand Softener

Urut small portion krim Hand Softener kat tangan and kat celah jari, jangan lupa belakang telapak dan tapak tangan. Untuk tambah lembapan, basahkan dengan sikit air sebelum apply.

Step 2: Smoothie Hand Scrub

Pastu, tekan pam Scrub lebih kurang dua kali, apply kat tangan and kat celah jari. Bilas dengan air suam (recommended) dan lap sampai kering.

Step 3: Hand Cream

Urut Hand Cream kat tangan termasuk celah jari, belakang tangan dan tapak tangan.

Satu set boleh tahan lebih kurang 6-7 bulan. Jimat, sebab you pakai 2x je seminggu. I harap clear lah ya. Step-by-step dah tu. Takpe tak faham bole whatsapp tanya.

Syaza
Independent Beauty Consultant
+60166439664

Monday, 22 August 2016

Atasi masalah mata panda dengan set penjagaan mata dari Mary Kay

Assalamualaikum..

Adakah anda semua mengambil berat tentang kawasan mata?
Anda tahu tak, mata yang sembap and gelap menyumbang kepada wajah yang nampak kusam n letih n kurang berseri.
Ramai yg berpendapat bila kita jaga kulit muka, sekali la dengan kulit kat kawasan mata skali.
Kalau nak cerahkan kulit bawah mata, tepek krim pencerah muka kat situ.
Pernah tak buat camtu? Konon nak tutup eyebag tu. Cara tu salah tau.

Kulit dekat sekitar mata tu adelah kulit yang paling nipis kat muka.

Ia ade kelanjar sebum yang sedikit, kurang kolagen n elastin berbanding dengan kulit di kawasan lain di muka. So bila usia seseorang meningkat, pad lemak di bawah dermis mulai kurang, menyebabkan kulit kelihatan lebih nipis dan gelap kat bawah mata. 

Sebab tu, kita perlukan penjagaan khusus n bahan yg lebih lembut untuk kawasan mata ni.
Mary Kay ade 3 supplement mata yg boleh selesaikan masalah anda.
Nak pakai semua lagi bagus n lagi berkesan n cepat efek dia. Nak pakai 1 1 pun bolehhh.

1. TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer
2. Indulge Soothing eye gel
3. TimeWise® Firming eye cream

Timewise targeted eye revitalizer

TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer 

Mengandungi sebatian eksklusif daripada ramuan yang dirumus khas seperti citrus peel, ekstrak timun, ekstrak isirung oat n gotu kola untuk mengatasi pelbagai punca penyebab lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata. 
Hasilnya, kulit mata yang lebih tegang dan warna kulit yang lebih sekata.

Indulge Soothing eye gel

Menganjalkan dan mengurangkan bengkak bawah mata. Juga menenangkan rasa sakit mata akibat berjaga malam dan menyegarkan wajah yang nampak suram.

TimeWise® Firming eye cream

Menegangkan, mencerahan, membekalkan lembapan tinggi serta mengurangkan garis halus dan kedutan di kawasan bawah mata.

Love,
Syaza
Beauty Consultant Mary Kay
+6016-6439664

Thursday, 11 August 2016

Terpaksa cantik dengan Mary Kay

Assalammualaikum wanita kat luar sana,  sapa xnak cantik kan. Semua nak cantik. Nak cantik utk suami,  utk diri sendiri. Ramai tak tahu lagi ke,  Jaja salah seorg beautu consultant mary kay. So,  bykkkk sgt Jaja bljr pasal skin laa,  pasal make up la,  pasal lipstick laa. Byk sgt tau. Seronok sbb Jaja sgt suka. Jaja nie mmg suka tgok pmpuan cantik,  bukan lesbian okay. Jaja jealous tau tgok pmpuan cantik,  kulit cantik. Huwaaa.. Nak mcm dorg jugak.

Bila Jaja one of Beauty Consultant nie, baru la Jaja tau ape silap Jaja selama ni. Mcm mne kulit muka nak sihat kalau kita salah ikut step penjagaan kulit wajah yg btul.

So,  sesiapa nak Jaja consult korang. For free tau,  boleh je terus contact Jaja k. Ooppss,  tak lupa Jaja pun buat skin care class dan make up class percuma tau. Jom contact Jaja dan set date cepat2 takut penuh +60166439664.

Belanje sikit bisnes kad Jaja yg exclusive gituuu

Wednesday, 6 July 2016

Please I nak cantik dgn Mary Kay

Mary Kay in th  house. Jaja dgr pasal MK sejak exlecture jaja salah seorang Beauty Consultant MK. Time tu laa. Skrg dia dah SSD. Hanya mereka dlm MK je tau ape tu SSD. Kisahnya Jaja kenal masa Jaja belajar Diploma lg. Time tu mane mampu nak beli. Teringin tu mmg la. Hati wanita mane xnak try kan. Mase degree plak, lecturer Jaja dtg ke kolej kediaman kami utk ajar kitaorang mcm mne penjagaan kulit yg betul. Hati makin membuak2 nak cuba. Tapi syg, iolls ini  peminjam Ptptn. Huhu.. Klu JPA dah beli da.

Serius ckp lecturer jaja mmg xputus asa orangnya. smpailah jaja dah start kerja. lecturer still lg contact Jaja. Sampailah jaja tekad nak join dgn dia. Jadi sorg yg bergelar Beauty Consultant.  Sejak dr situ, jaja dah mula tau serba sedikit pasal MK, pasal kulit. Semualah pasal penjagaan kulit kita.

Ape yg plg buat Jaja jatuh cinta dgn MK ialah produk nie selamat. Jaja yakin sbb MK bukan sebarangan produk yg boleh jual dimerata2 tmpt. Hanya mereka yg ade knowledge pasal MK je blh jual. Kualiti MK still terjamin. Produk plak 100% botanical.

Jaga kulit dari awal supaya belum tua, kulit masih terjaga dan tidak berkedut.

Sesiapa berminat nak Jaja buatkan skincare class dan make up class, boleh je contact Jaja terus +6016-6439664









Selamat Hari Raya AidilFitri 2016

Assalammualaikum, wah dah 9 bulan Jaja xupdate blog nie. Jangan kata berhabuk, hampir nak kne close dah account nie. Hehe.. Jaja nak update nie pun sbb nak simpan kemas2 memori Hari Raya tahun nie. Nak tnjuk ank cucu nanti, mak korang nie cun tau. Cehh.

Okaylah, raya tahun nie xmeriah sgt sbb tahun nie beraya tanpa Tok Jah merangkap grandma. Tok Jah baru meninggal sebelum Ramadhan. So, ramailah saudara mara xbalik beraya kt kmpg. Tambah plak mama sakit. Hari Jumaat sebelum cuti raya, Jaja dpt berita sakit mama bertambah teruk. Mama kne tahan di hospital. Risau sgt, terus balik dr ofis once dpt berita mama masuk hospital tu. Tahun nie Kak Tum xberaya. Hmmm..rindu sgt dkt anak2 kak tum. huwaaaa..

Makin dewasa makin byk liku2 khidupan kne lalui. Ade suka dan duka. itu normal. Kuatkan jelah hati utk hdapi suma tu.

Dah2..xpyh nak emo sgt. Mcm ade org nk lyn emo ko tu Jah. Hahaha.. Jaja nak share laa skit gambar raya Jaja. baju raya ade sepasang je. So sehari jelah boleh bergambar. Selamat cuci mata yea.













Opsss..sebelum terlupa. Jaja nak bagitau Jaja skrg salah seorg Mary Kay Beauty Consultant. Kalau korg perasan kulit Jaja makin elok dr sebelum nie. Atau Jaja yg kuat perasan. Hehe..

See my face look flawless right.  Hehe.. Seriously jaja suka sgt pakai MK nie. Produk yg mmg Jaja yakin utk tepek2 kat muka.

Friday, 23 May 2014

I'm Third Year Student

Assalammualaikum...apa khabar kwn2? aishhh..lame jgk aku x corek cerita dalam blog ni. maaf yea xde cerita menarik nak kongsi. iye je. padahal xde masa langsung nak belek2 blog aku nie. hmmm.. so ape cite aku nak kongsi kali nie? heee...

Im third year student. wow...third year baru nak amik koq? biaq betul. so what?? hahaha.. biasalah dah tua bangka baru nak amik koq. itu kot adik2 kelas koq aku ngumpat sal aku. eceh..xbaik fitnah. berdosa. okay..kembali ke tajuk utama aku. aku nak kongsi kisah aku disebalik koq nie. aku dengan aini antara pelajar direct entry yang berbaki xamik koq. so aku amik laa semester ni dengan aini tapi lain course laa. aku amik grooming. cewahhh..grooming habaq mai. kalau kursus grooming nie kat luar mau beribu jugak bayar.

awal2 sem, aku laa paling excited nak masuk kelas grooming. fikiran aku membayangkan macam pergi kelas grooming yg lecturer aku handle utk Mary Kay. cewahh..besar harapan tu. aku pun melangkah jauh dari fakulti aku ke fakulti alam bina. berpeluh masuk kelas langsung aku xkisah. janji aku dapat digrooming oleh lecturer koq aku nie. ahaha.. masuk je kelas, lecturer aku terus pasang slide show. kertas punya ler tebal bagi kat aku. hmmm...aku pun senyum kerang la tengok kertas tu. muka lecturer tu aku tenung tajam. ape dia nak buat dengan kertas tebal nie? aishhh...xkan laa macam dlm kelas jugak kot. hmmm...so, nak dijadikan ceritanya sesi koq aku hanyalah tengok je slide show. mata aku makin lama makin layu. nak tunggu 2 jam terasa bapak lama. perghhh..bosan cakap kau. mengantok. baru habis kelas yg da terang2 baca je slide, masuk kelas koq pun baca slide. bosannnn... ahhh..punah segala harapan aku tu. huwaaaa...

hahaha..okay2 stop setakat tu. so aku sekarang dah pun habis koq aku. seronoknyeeee... petang selasa aku dah xde apa yang boleh ganggu. aku boleh golek2 atas katil laa lepas nie. hahaha... sepanjang aku bergrooming nie dapat laa aku berkenalan dengan dua orang kawan dari fakulti alam bina tu. Aida dan Fateh. baik sangat dorang. dorang tua setahun dari aku tapi di fakulti dorang, dorang masih tahun 1. so..aku terasa aku laa paling tua dalam kelas tu. hahaha..

now...show time!!! haha.. aku nak tayang sikit gambar aku sepanjang aku bersama kawan2 koq nie. heee.. aku sempat 'melancong' ke Melaka, berdinner di Mutiara Hotel Johor Bahru. wow..untung jugak kan. dapat merasa makan di five star hotel. hahaha.. bayar pun boleh tahan laa.





Tadaaa...tu dia. melaka aku melangkah untuk kali kedua. hmmm...memang xde mood langsung nak pegi melaka kali nie. yelah dah dua kali pegi dalam satu semester. huuu.. tapi syukur laa. ada org xdpt pun nak pegi melaka nie. aku kira beruntung laa kan. hehehe.. lepas nie aku dah tau nak pegi mana. boleh jadi tourism guide. haha.. ngekkk




CANTIK!!! semua cantik2 malam dinner nie. aku pun melaram jugak laa. hehehe.. tapi aku seronok sgt sebab aku xkeluar duit pun nak beli benda alah nak pakai malam dinner tu. kasut kak nurul punye, baju kurung moden tu pun kak nurul punye. handbag dinner along punye. gelang plak Ira punye. makeup roomate aku laa tolong. so...ape lagi?? shawl je aku punye. hahaha.. alhamdulillah..terima kasih sponsor dari akak2 aku. lepas nie kakak kahwin, mntk akak2 laa sponsor. hahaha.. aku tolong jadi pengantin je. wahhh..memang syokkk.. hahaha.. banyak cun muka kau nak semua sponsor. HAHA..
okay..itu je aku nak kongsi. daaaa...