Assalammualaikum semua, hari ini tarikh keramat buat Jaja tau. 23/8/2016 simpan kemas2 dalam ingatan. Impian Jaja sejak bangku sekolah, nak sangat pakai braces. Akhirnya terlaksana. Lama tu wishlist jaja, baru tercapai. Hahaha.. Well, Jaja bukan anak orang kaya. So nak pape kena usaha sendiri. Tapi terasa happy sangat sebab usaha kita kan.
Jaja dah bertahun survey klinik mane paling murah. Dari cyberjaya, terengganu, kajang, negeri sembilan. Semua tempat la. sampai ada satu tahap jaja nak buat dengan orang luar yg xde sijil tu. Nasib baik laa kwn nasihat, jadi pape kat gigi ko. Nak saman pun tak boleh, dah terang2 dorang pasang tanpa lesen.
Okay, so hari nie jaja ambil half day untuk pergi appointment Dr tu. Sekejap je Dr tu buat. Sampai klinik pukul 12.45 mcm tu staff terus panggil. Customer mmg tak de, hari kerja kan. Siap pun dalam pukul 2.15.
Bila baca dari blog pasal klinik nie, layanan staff tak mesra alam. Memang tak nafi, Jaja pun perasan mcm tu. Tapi Jaja buat tak kisah sbb mmg klinik tu je yang paling murah Jaja jumpa. yang lain mau rm5k keatas dah. Tahan jelah layanan dorang
Selepas Jaja check gigi jaja nie, Dr cakap kos braces saja rm3.8k belum termasuk apa tah dia nak pasang kt blkg gigi bagi cepat sikit move. So jaja punye total semua rm4250.
Braces rm3800
alat belakang gigi rm45*10=450(max)
total rm4250
deposit rm1200-1800
tempoh pakai braces 1 1/2 tahun - 2 tahun
Staff cakap kalau boleh bayar banyak sikit so time nak buang braces tu takdelah byr byk terus. Hmm..nanti jaja fikirkan yea akak.
Jaja sebenarnya guna benefit dari company tempat jaja keje, setahun dapat claim seribu. Jaja sekarang duk kira2 jugak berapa ribu boleh claim. hehehe.. Ingatkan kalau dapat claim rm3k pn cukup bagus.
Habis dah cerita Jaja. Harap entry nie dapat membantu korang yang berangan nak pakai braces tu.
Layan dulu gambar gigi Jaja sebelum pakai braces dan selepas pakai.