26/9/2014 aku, Syaza akan menghadiri temuduga SPA. Hehe..
kali pertama interview untuk jawatan kastam ni. Asalnya aku interview kt JB
tapi disebabkan aku skrg ada kt KL, terpaksalah aku tukar tmpt temuduga ke KL.
Bukan tempat je, dengan tarikh2 aku kena tukar. Huu.. hajat hati aku nak buat
kat Terengganu, blh balik kampong terus. Tapi nak buat macam mana, tarikh
interview kt Terengganu xsesuai plak. Huwaa.. kena jugak laa buat kat KL.
So, aku mmg org baru di KL biarpun dah 3 tahun belajar kt KL
time diploma dlu. Namun aku masih janggal dgn jln2 kat sini. Huhu.. nak cari
tempat interview nie satu masalah jugak. Interview plak start pukul 8, satu
lagi masalah. So.. aku amik cuti hari Jumaat tu biarpun xsampai sebulan aku
intern. Hehe..peduli apa. Yg penting settle interview dlu.
Tempat interview kat Jalan Cenderasari,KL. Jenuh nak mencari dalam
internet, adik Sara pn tolong carikan jugak. Hee.. Disebabkan aku dari Wangsa
Maju, aku amik LRT ke Pasar Seni. Dari Pasar Seni aku tanya2 laa org2 kat sana.
Ada sorg pakcik ni tunjuk jalan ke aku nak ke Jalan Cenderasari ni. Aku pun
follow laa jalan yg dye tunjuk. Aku menuju ke KTM Kuala Lumpur (Bersebelahan
dengan stesen LRT Pasar Seni), dari situ aku terus jalan2 sampai laa aku jumpa
terowong underground. Nak masuk ke terowong tu, aku terserempak dengan mat
drug. Terperanjak aku. Memang aku takut habis. Xkan aku nak ikut jalan tu
jugak. Mmg cari nahas aku pagi tu. Last2 ada sorg akak yg kebetulan lalu kat
situ. Dia nampak aku nak masuk ke terowong tu, akak tu cepat2 laa panggil aku.
Akak tu cakap jln tu bahaya. Aku tengok mamat drug depan tu pun dah tau bahaya.
Akak tu bagitau laa jalan lain nak ke SPA tu. Huwaaa… aku sgt2 bernasib baik
tau. Syukur Allah masih sayangkan aku.
Sampai jugak aku ke tmpt SPA tu. Aduii..penat xpyh ckp la.
Mau berpeluh satu badan. Sampai je, aku terus pegi tmpt urusetia. Tunggu nama dipanggil,
dapat nombor giliran. Aku diarah ke bilik temuduga A, giliran aku yg ke 4.
Ahhh..awal2 datang bagus jugak. Xpyh tunggu lama. Pkul 9 aku dah settle
interview. Igt nak masuk ofis terus lepas tu tp ada agenda nak kena settle.
Batal ler niat aku tu.
Soalan ape yg ditanya? Haha.. ada 2 org panel. Sorg dari SPA
dan sorg lagi dari kastam. Nak dikatakan aku ni dapat, xtau lagi. Sbb soalan
dari pegawai kastam tu satu pun aku xjawab kes x study. Pegawai SPA plak byk
soal pasal GST. Dengan course aku “keselamatan Komputer”, so byk laa dye tye
pasal security. Yang Kastam tu mmg soalan bonus. Nama pegawai Kastam, Misi
Kastam, Objektif Kastam, apa tugas kastam dll.
Settle, sejam je aku duk SPA. Nak sampai tu berliku2 jalan.
Huwaaaa… Okay, settle tu aku pegi Hentian Putra nak cari tiket bas balik
Dungun. Tapi sodeh, semua tiket dah habis. Yang ada pun malam sabtu. Cuti pun
aku x apply lagi. Huhu.. harapan laa nak balik. So beraya laa aku kat rumah
kakak2 aku. Nasib baik ada kakak kat sini. Mau meraung jugak dengar azan raya
kat rumah sewa tu. Hehe..
Lepas tu aku balik rumah sewa jap simpan fail dan tukar beg.
Aku plan nak pegi Taman Melawati nak pi amik barang aku beli online. Dah
seminggu duk simpan kat pjbt pos tu. huhu.. satu masalah pulak,aku boleh
tersalah bas. So, sampai tengah jalan, drebar bas turunkan aku. Aku terus ambik
teksi pegi Taman Melawati. Hee.. sampai tu nak mencari pulak pjbt pos. mak aii,
tengah2 panas aku dengan baju kurung moden. Semua mata memandang aku. Hahaha..
macam ade shooting je tengahari tu. Haha.. settle satu barang. Satu barang lagi
hantar kt Batu Caves. Aku amik laa teksi sbb xlarat da nak pegi naik LRT, tukar
KTM. Memang xlarat. Naik teksi terus ke Batu Caves. Sampai sana aku amik laa
brg aku. Lepas amik barang, aku amik plak teksi pegi ke stesen KTM. Mau
terlelap aku dalam KTM tu. Hahaha..
Sampailah jugak aku di rumah sewa ku. Huhu.. pkul 9 aku
settle interview, tapi pukul 3.30ptg baru aku settle semua agenda aku hari tu.
Fuhh.. memang kenangan habis aku gerak sorg2 dari salah busnye, jalan2 ditengah
panasnye dan lastly aku buat lawatan tengok patung Buddha kat Batu Caves.
Lawatan tak disangka2. The End J